ULASAN SATRIA ZHANG TENTANG MANFAATNYA KERJASAMA ANTAR NEGARA


Berita teraktual dan Terpercaya.Minggu lepas Satria ada buat hantaran yang menceritakan tentang kerjasama Provinsi Fujian dan Wilayah Autonomi Ethik Hui Ningxia untuk membina kampung yang baharu dan berjaya membasmikan kemiskinan. 

Tapi, ada yang lebih manis dari kejayaan itu. Kini, pengalaman tersebut turut membawa manfaat dalam kerjasama antarabangsa.


DramaTV yang menjadi tular "Minning Town" cerita pegawai dan pakar pelbagai sektor dari Provinsi Fujian yang agak maju datang ke Ningxia, semata-mata untuk membantu pembangunan tempatan.


Antaranya, kampung dalam pergunungan terpencil dipindah ke pesisir Sungai Kuning, manakala pakar tersohor di dunia membantu petani tempatan menanam cendawan yang dulu hanya tumbuh di selatan China.


Hasilnya, rezeki penduduk tempatan melonjak tinggi dalam 20 tahun yang lalu!


Kini, projek Kampung Contoh Pembasmian Kemiskian Perahabatan China-Kemboja dirasmikan di tempah yang terletak kira-kira 60 km ke selatan Phnom Penh dengan populasi penduduk tempatan sebanyak 556 orang yang terdiri daripada 125 keluarga.


China berikrar akan membantu menyediakan USD10 juta dana antaranya bagi pembinaan jalan, fasiliti bekalan air bersih, menaiktarafkan sekolah dan hospital tempatan, serta membantu menyediakan latihan vokasional bagi menggalakkan penernakan yang seterusnya dapat menambah rezeki penduduk tempatan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga tahun akan datang.


Selain menggunakan pengalaman pembasmian dan sokongan dari China, pakar pertanian Kemboja juga akan ditugaskan ke kampung tersebut untuk membantu pembasmian kemiskinan tempatan.


China berjaya menamatkan misi pembasmian kemiskian di seluruh negara pada tahun lalu.


Antaranya bantuan kembar, iaitu satu provinsi maju membantu satu provinsi ketinggalan merupakan pengalaman yang terbukti amat berjaya.


Sebenarnya, bantuan ini bukanlah berbentuk derma atau yang seumpama dengannya, tapi bagi membantu mencari rezeki yang bersesuaian dengan keadaan tempatan supaya mewujudkan pembangunan tempatan secara berdikari dan kemiskinan tidak berulang lagi.


Selain berusaha menjayakan pembasmian kemiskinan di negara diri, China selalu berusaha membantu pelbagai negara membangun, khususnya negara-negara jiran seperti Kemboja dan Laos di Asia Tenggara.


Kekurangan sumber air selalu merupakan unsur penting yang menyekat pembangunan di pelbagai kawasan miskin.


Bermula tahun 2001, satu program kebajikan “tangki air ibu” diadakan di seluruh negara.


Program ini dinamakan dengan “tangki air ibu” kerana kekurangan air banyak menambah beban rumah tangga dalam keluarga di kawasan miskin.


Setiap orang menderma 10 yuan atau 20 yuan saja, dan dengan hanya RMB3000, mereka mampu membantu satu keluarga membina tangki air bawah tanah memenuhi keperluan kehidupan. Maknanya, kalau ada tiga tangki air seumpama ini, keperluan penernakan atau penenaman sekeluarga juga turut dapat dipenuhi.


Kini, pengalaman ini digunakan dalam kerjasama pembasmikan kemiskinan di Laos.


Program “mata air manis” dengan sokongan Tabung Kerjasama Lancang-Mekong. 11 fasiliti pembersihan air akan disediakan kepada sebuah kampung baharu migran projek loji janakuasa hidroelektrik di Laos.


Daripada projek tersebut juga, dijangka bahawa keselamatan air minuman untuk kira-kira 2000 orang penduduk akan terjamin.


Kerjasama Lancang-Mekong terhasil daripada air yang mengalir dari China ke Asia Tenggara.


Kerjasama sumber air antara China dengan negara-negara aliran Mekong bukan hanya menyelesaikan masalah air minuman, malah merangkumi bekalan elektrik dan pembasmian kemiskian dengan menggunakan sumber air secara saintifik.


Pepatah China yang berulang kali digunakan oleh pemimpin China berbunyi, sebatang bunga berkembang bukan bermakna tibanya musim bunga, sekiranya semua bunga di kebun berkembang, barulah tibanya musim bunga.


Setelah misi pembasmian kemiskinan ditamatkan di dalam negara, China bersedia berkongsi pengalaman dan menyediakan bantuan kepada pelbagai negara membangun, khususnya pelbagai negara jiran.


Sebab China yakin pembangunan negara-negara tersebut merupakan asas kemakmuran dan kestabilan serantau.

#UlasanSatria

Load disqus comments

0 comments